Posts

Showing posts from August, 2019

AI dan Arum #1

Image
AI, awak suka bunga?" AI memandang ke sebelah kanannya. Melihat gadis itu sedang tersenyum sambil merenung sejambak bunga yang baru dibelinya. "Hmm" "Bunga akan layu AI. Kelopaknya sedikit-demi sedikit akan luruh. Kecantikannya akan hilang. Tak kekal." AI kekal memasung pandangannya pada gadis itu. Selendang putih gadis itu beralun lembut mengikut  angin. Mata gadis itu pejam. Wajah sedikit terangkat menala ke langit. Seolah-olah ada keluhan berat yang dilepaskan. "Dan masatu..bunga itu akan dibuang. Atau mungkin menjadi hiasan. Bunga yang baru akan dicari." Gadis itu meneruskan bicaranya. Ada senyuman halus terbentuk di hujung bibir itu.   "Kau masih setia.." AI seperti berbisik. Suaranya perlahan. Ada keluhan halus menyapa telinga Arum.  AI mencapai buku jurnal berkulit biru gelap yang terletak di sebelah gadis itu. Halaman-halaman yang sudah kekuningan dan bertompok-tompok kuning-jingga itu disel...

malah dia yang tidak mengenaliku lagi

Image
Jika penantian itu masih ada, maka aku sedang merasa keperitannya. Jika rindu itu masih ada, maka wahai Tuhan, kau putarkanlah agar ia hanya menuju kepadaMu. Jika rasa itu masih ada, maka kau simpankanlah, cantik-cantik. Cuma, jika nama itu masih ada, maka kau nyahkanlah. Jauh-jauh. Sehingga aku tidak mengenalnya lagi. Bahkan, selama-lamanya. Selama-lamanya.

Autisme: Aku hina, dia syurga

Image
Dia berjiwa bebas Disayangi, dia kasihi. Dimarahi, dia tak peduli. Aku disisi sepi merenungi Mungkin menyesali Amarah sebentar tadi. Sesak di dada sebak menahan Gelojak rasa Kasihan, penyesalan Rasa berdosa. Rasa hina--di mata Tuhan. "Sayang, pandanglah kakak." Dibiarkan. Dia tidak peduli. "Kakak nak sayang." Aku depakan tangan. Menanti. "Nak sayang" Pelukan dibalas. {Aku hina, dia syurga} kitto, 210819.                       Pic credit to: pinterest.

seperti bintang itu

Image
Bintang, Tidak takutkah engkau kepada kegelapan?  Apakah yang aku perlu takutkan, duhai? Aku bersinar di tengah kegelapan-- Lebarlah kegelapan, bertebaranlah aku bergemerlipan-- Aku setia, yakin cahaya ada untuk dia (kegelapan). Bintang, Mengapa engkau begitu setia? Aku bersinar dengan adanya kegelapan-- Apa kau fikir, aku perlu tinggalkan? Bintang, Adakah kau masih disitu? Duhai, aku masih disini.  Cahaya atas cahaya, Aku menanti kegelapan malam tiba-- Aku setia. Biarkan aku setia-- Seperti bintang itu, kitto. 12:45AM Pic cr:pinterest .

Gagal, bukan selamanya

Image
Hari demi hari, Aku mencari diri tanpa jemu membawa hati. Terkadang keliru dengan pilihan sendiri, Entahlah kadang mahu sembunyi. Maaf pada Tuhan aku langsungkan setiap detik. Gagal dalam sabar itu adalah gagal yang sebenar, Mungkin ada parut dosa yang belum  Ku taubati. -Gagal, Buat yang Terluka. Syukur, serba sedikit aku rasa pulih dan tenang dan tulis apa yang kurasa. Namun kadang, ada jua yang tak dapat diluahkan. Ia hanya bergema di dalam hati. Seolah-olah, Tuhan berbicara "Ini khas untuk aku, exclusively."  Mungkin aku gagal berkali-kali, namun gagal bukanlah selamanya. Tuhan uji hambanya yakni manusia ini untuk melihat manakah yang paling baik amalannya.  Tuhan, kau itu uji kami macam-macam demi perhatian kami kepadaMu. Tuhan, penuhnya cinta Engkau kepada kami.. Untuk kami kembali kepadaMu,  Luangkan masa denganMu, Berasyik denganMu, Menangis merayu denganMu, Tuhan, aku masih buta.. Buta untuk menilai yang mana sa...

Dia sudah punya pilihan

Tuhan, aku sering berdoa kepadaMu.. Masukkan aku dikalangan hamba-hambaMu yang sabar, Masukkan aku dikalangan hamba-hambaMu yang bersyukur, Masukkan aku dikalangan hamba-hambaMu yang kau cinta, Masukkan aku dikalangan hamba-hambaMu yang kau beri hidayah.. Jika ini adalah cara Kau uji akan doa-doaku, Oleh itu masukkanlah aku dikalangan hamba-Mu yang kau redha dan berserah diri sepenuhnya kepadaMu ya Rabbi. Tuhan, aku ini lemah. Kau lah jua tempat aku berserah dan memohon kekuatan. Kuatkan aku agar tidak mudah dijentik dan goyah dengan ujian yang kecil sebegini. Ameen. Semoga terus kuat wahai diriku, hatiku.