Hari demi hari, Aku mencari diri tanpa jemu membawa hati. Terkadang keliru dengan pilihan sendiri, Entahlah kadang mahu sembunyi. Maaf pada Tuhan aku langsungkan setiap detik. Gagal dalam sabar itu adalah gagal yang sebenar, Mungkin ada parut dosa yang belum Ku taubati. -Gagal, Buat yang Terluka. Syukur, serba sedikit aku rasa pulih dan tenang dan tulis apa yang kurasa. Namun kadang, ada jua yang tak dapat diluahkan. Ia hanya bergema di dalam hati. Seolah-olah, Tuhan berbicara "Ini khas untuk aku, exclusively." Mungkin aku gagal berkali-kali, namun gagal bukanlah selamanya. Tuhan uji hambanya yakni manusia ini untuk melihat manakah yang paling baik amalannya. Tuhan, kau itu uji kami macam-macam demi perhatian kami kepadaMu. Tuhan, penuhnya cinta Engkau kepada kami.. Untuk kami kembali kepadaMu, Luangkan masa denganMu, Berasyik denganMu, Menangis merayu denganMu, Tuhan, aku masih buta.. Buta untuk menilai yang mana sa...