Agar langit menjadi cerah
kadang-kadang, hari-hari yang kita lalui penuh dengan rasa rindu. kadang-kadang, rasa rindu itu tidak kemana. kau tahu, kau dapat merasakannya. Bahawa rasa rindu itu tidak sampai pada yang selayaknya. kau tertanya, mengapa? Izinkan aku menjawabnya. Boleh jadi kerana kau pikul sendiri. kau simpan. kau biarkan. R indu yang hadir, tidak bertuan. Benar, kan? Maka bergantung-gantunganlah rindu yang dicipta saban hari itu, membebani bahumu hingga ke langit. hingga kadang itu, kau tidak sedar ia berubah menjadi satu beban. Oleh itu, berdoalah. Berdoalah dengan yakin bahawa angin itu membawa rindu-rindu yang bergantungan sampai kepada yang layak menerima. Agar nanti, beban-beban itu tiada lagi di hari-harimu.Tidak lagi membebani bahumu. Agar langit harimu menjadi cerah. Tidak lagi mendung kerana rindu yang bergantungan. Semoga kau berbahagia. Usah menanggung rindu yang berat. Berat. Sakit. Dan kau tahu itu. kau tahu itu, kan? ...