Posts

Showing posts from February, 2019

Monolog #21 - Tawakkal

Ya Allah, ketika hati ini terlalu sedih dan lemah kerana manusia, ingatkanlah aku bahawa aku juga manusia seperti mereka. Lemah dan berdosa. Ya Allah, ketika hati ini terlalu sedih dan lemah kerana manusia, ingatkanlah aku bahawa Engkau ada untuk memberikan aku kegembiraan, tempat aku berpaut dan meluahkan segala. Ya Allah, ketika hati ini terlalu lemah dan berputus asa, hadirkanlah sentiasa rasa keasyikan dan keseronokan untuk berdoa dan bersamaMu. Jemputlah aku sentiasa untuk asyik berdamping denganMu. Kerana Engkau jualah yang memberikan ujian, dan pemilik segala kebahagiaan. Namun Ya Rabbi, Pemilik cinta paling suci, aku bersyukur. Sangat-sangat bersyukur dengan segala kebaikan yang Engkau hadirkan kepadaku. Maafkanlah aku, ampunilah aku. Bawalah aku sentiasa dekat kepadaMu. Jauhkanlah apa jua yang buruk bagiku. Dekatkanlah apa jua yang baik bagiku.  Ya Allah, aku berserah diri sepenuhnya kepadaMu.  Hasbiya Allah Wani'mal wakeel Wani'mal Maula Wani'man...

Monolog #18 - Entah benar atau dusta

Dikala hari-hariku Penuh penantian kerinduan Aku titipkan doa indah Buat engkau dan keluarga Hari-hari aku menanti Walau sekali Cukuplah aku melihat engkau Dari jauh Sudah cukup sungguh, membahagiakan. Maha Suci Tuhan Al Khaliq, Apalah yang dijadikan untukku Sehingga aku sangat menyayangimu sebegitu rupa Hanya DIA, Tuhanku Maha mengetahui Apakah benar atau dusta Anugerah ini.

Monolog #17 - Penjara tiga segi

Image
Tuhan-Sang Pencipta, Manusia si hina dan kemajuan dunia, ibarat tiga pintu jeriji kebal yang memerangkap aku, seorang hamba yang lemah. Tersepit, lemah tanpa kuasa.  Sakit, terdesak bagai dihentak Aku bukan siapa-siapa. Macam engkau, aku juga manusia. Punya akal, perasaan, nafsu dan emosi. Cuma mungkin aku dan engkau berbeza pangkat dan mungkin pendapat.  Tapi, aku tahu..di sisi Tuhan Khaliq, kau dan aku Adalah SAMA. Dunia terasa seperti penjara untukku. Ya, penjara yang aku bina sendiri. Memerangkap aku sendirian terasing dari dunia hitam dan gelap. Tuhan, adakah cahaya yang akan menerangi? Atau dapatkah aku memberi cahaya walau sedikit cuma? Tuhan, sepasang mata yang engkau kurniakan ini telah menjadi saksi kehancuran, kesakitan, permainan juga keindahan dunia ini..sehingga aku takut. Takut aku jauh dari rahmat dan kasihMu.  Penjara itu gelap. diterangi secebis cahaya iman yang malap-malap ditiup angin ujian. Kadang mahu terpadam, namun ada engkau wa...