Posts

Showing posts from 2018

Monolog #15 - To him whom I love

Image
To him whom I love, You've been loved for years-- For today 31st December It turns to be 9 years. To him whom I love, We've been good friends back then-- For that day I maybe I made mistake-- I never realized yet I know, You stop greet me with that smile- I long. Sweet. I remember and will always remember, Vividly. The day my heart bloomed. Like a garden of magic flowers- You congratulate me. Thank you, For I felt loved. To him whom I love, If only you know- How content I was, When you said, "happy birthday Fatini. May Allah ease everything for you :)" Thank you, For the day I felt loved. Aye, little things, precious. priceless. For a girl of endless love. you whom I love, kitto mata aeru. A/N; may we meet again, you. This may be the last I wrote about you. A/N; never last xx

Monolog #16 - stop loving you.

🖤 really, I wanted to stop loving you.  I want to erase all my memories of you. I don't want to see you with this feeling-- feeling to have you  -kitto.

Monolog #14 - Samar - samar

Image
samar-samar aku melalui jalan ini syukur ada tali teguh di sepanjang perjalananku--Tawakkal. jatuh, tersungkur, lemah, usahlah dilayan-- aku bangkit juga. apalah yang mahu dikeluh, perjalanan ini-- perjalanan ilmu. ilmu mengangkat darjat. ilmu membentuk akhlak. Ilmu membuka mata, melihat kebesaranNya. aku tak mampu meramal hari esok-- aku hanya perlu teruskan berjalan. Jangan ditanya "kenapa tidak berlari?" Kerana aku tak mahu terlepas-- setiap kecantikan dan hikmah sepanjang perjalanan ini. Sikit-sikit-- hikmahnya mula terlihat. Allahumma baariklana (Ya Allah, kurniakan keberkatan ke atas kami!)

Monolog #13 - Dia KABUR, Aku BUTA

Image
"Kau tahu, aku sentiasa mahu lupakan. Jadi aku tinggalkan. Tapi tidak, ada daya yang menarik aku kebelakang. Hati yang mahu menuju ke Tuhan melawan arus. Aku tersepit." "Inilah ujian." Ah kau!  ketika aku terhegeh-hegeh peduli Sedikitpun kau tak sedari Sakit tak terperi aku ketepi Entahlah, bodoh mungkin -- aku menunggu kau kini Tuhan! maafkan aku lemah itu datang tiba tiapkali kau menduga apalah bertuahnya dia ada aku yang terhegeh-hegeh-- menanti K A B U R, dia tidak pernah sedari B U T A, aku yang ternanti-nanti. --Kadang, jiwa memberontak. Jadi jelek. ~kitto.

Monolog #12 - Aku mahu menulis

Image
Aku mahu menulis, apabila tiada yang mahu mendengar. Mungkin ada yang mahu mendengar, namun takkan pernah memahami. Aku melihat manusia itu semua bertopeng.. temasuklah aku. Aku mahu menulis sesuatu yang yang tak mampu terluah, aku merasa penat, sedih dan kosong. Mungkin kerana hati aku kelam. Mungkin juga kerana cinta aku kepada Tuhan sangat suram. Kau tahu, aku hidup dalam dunia penuh fitnah. Aku takut  sangat. Aku tersungkur dari simpulan tali kukuh. Apa jadi andai aku lupa kan tujuan hidup yang sebenar? Yang dunia ini hanya sementara, yang dunia ini hanya medan permainan, yang aku ini hanya boneka bernyawa. Allah, sungguh aku takut. Jika kosong nanti tika aku bertemu denganMu. Allah.

Monolog #11 - Monolog dengan Tuhan

Image
Malam yang sunyi, kelam dan tenang. Aku ditemani langit gelap tanpa bintang dan cahaya bulan yang samar-samar di sebalik kapas-kapas kelabu awan. Angin malam yang sejuk menderu masuk ke kamar membelai lembut wajahku. Ada sebuah gelas kaca di hadapanku memantulkan wajah tidak beriak yang sedari tadi aku tatap. Aku melihat sepasang mata di hadapanku. Sebuah mata yang kelam, tampak tenang namun penuh cerita perit di sebalik pantulan kornea itu. Syukur, mata itu masih berfungsi. *** indahnya tidak terkata, sukanya tidak terluah. Perasaan berat yang ditanggung berjaya dirembeskan keluar. Air mata menitis jua usai menghabiskan bacaan surah keegemaranku, surah Al Waqiah. Satu perkara yang aku rindu, jua yang aku amat gelisah jika aku tidak dapat hadirkan. Tangis. Tuhan, aku lemah. sangat lemah. aku menangis. aku rindu. aku mahu pulang. aku mahu pulang kepada kasihMu. Aku selalu rindu akan kasihMu. Kerana aku lemah, kerana aku jahil. Tika aku berada dalam pelukan kasihmu, aku terheret...

Monolog #10 - Semuanya aku yang pilih

tenanglah tenang, masanya akan tiba tenanglah tenang, apakah yang engkau risaukan sekali tataplah saat ini-- tika engkau masih terbang bebas tanpa ikatan benang amanah- berat. jagalah jaga, satu ketul daging merah darah bila-bila dia kan hirang dek kau yang api-apikan jagalah jaga, mahkota di kepala-- kan dia terjatuh bukan dek angin tapi kerana engkau yang dingin- egois. sabarlah sabar, inilah jalan Dia-- terjatuh boleh bangkit terserah- engkau yang pilih. ~kitto 15.10.18

Monolog #9 - Dua Puluh tahun 1998

Tulus tulisan ini aku tuliskan buat ibu yang aku gelarkan mama,     Dua puluh tahun dahulu, ketika itu engkau hanya berumur dua puluh satu. Tepat waktu zohor  dua puluh hari bulan sembilan tahun 1998, engkau selamat melahirkan aku yang masih kosong akan fitnah dunia. Mungkin pada waktu itu, yang aku kenal hanyalah haruman tubuhmu yang bisa menenangkan kebingitan tangisku. Dua puluh tahun, hari ini kasihnya engkau masih setia menjaga aku sepenuh kudratmu. Mataku ini menjadi saksi engkau kesana kemari menggali sumber rezeki. Masih, sehingga ke hari ini, belum pernah sekali pun engkau berhenti rehat apatah lagi mengeluh tidak pernah aku dengar. Aku cuma melihat, senyuman indah dan masa yang engkau luangkan dengan kami. Mama, apakah erti sebenar kebahagiaan bagimu? kata-kataku yang manis, puitis ini tiadalah ertiya buatmu. Semuanya bagai angin yang menyapa lembut ke pipimu sahaja. Ia akan hilang sekelip mata. Sungguhlah aku takut sebenarnya. Memikirkan masa depan yang ...

Monolog #8 - Aku cerminan dia, dia cerminan aku

Waktu pagi, selepas subuh. Surah Luqman menjadi santapanku.  Kalam indah dari Tuhan yang Maha Penyayang, Yang penuh cinta. Usai, aku mula membaca sebuah buku yang aku pinjam dari pustaka. Reclaim your heart - Yasmen Mogahed. Akhir muka 16 aku menyambung baca. Di pertengahan, aku seperti temui jawapan yang aku mahukan.  Rupanya, Allah menyebut -- "Verily never will God change the condition of people until they change what is within themselves." (Quran 13:11). Jawapan. Maha suci Allah, Tuhan memberi aku jawapan.  Dia cerminan aku. Aku cerminan dia. Jika kau mahu dia jadi baik, kau dulu perlu jadi baik. Bukan pura-pura, tapi ikhlas dalam amal.  InsyaAllah, dengan izin Allah.

Monolog #7 - Digari biar dia terkunci

Semalaman juga aku berfikir Untunglah mungkin aku ketemu jawapan Aku sedar rupanya, Jika aku bebas, dia juga bebas. Lepas. Bila aku digari, dia juga terkunci. Dilindungi. Yang akhirnya buat aku resah Aku tidak mahu dia jadi seperti dulu Jadi aku tertanya, Apakah aku mencerminkan dirinya, Ataukah dia mencerminkan aku?  Ah, rumit! Nah, eloklah aku digari. Biar dia terkunci.    Kerana aku mahu dia dilindungi. ~ 170918 Monolog #7 - Digari biar dia terkunci.

Monolog #6 - Ada gari di kaki.

Image
Banyak kali aku mahu lari, Aku terlepas bebas setelah mencuba berkali Keras, sakit, perit usah dipeduli Rupanya aku tidak sedar Aku berlari membawa gari di kaki.  ~ 160918.

Atok - Aku hidup dalam rindu.

Image
Terasa seperti semalam atok membawa seorang gadis kecil menaiki bas Leng Seng menuju ke Jalan Chow Kit bersama nenek. Masih jelas gambaran itu dimindaku meskipun aku hanyalah berumur 4 tahun ketika itu. Jika kau tanyakan kepadaku, apakah ada lagi yang aku ingat.. Tidak. Itu sahaja yang aku ingat. Aku yang berada di tepi tingkap, rambut yang terbuai-buai mengikut alunan angin, aku yang teruja -- pertama kali menaiki bas, atok berkemeja di sebelah, nenek yang manis berbaju kurung di sebelah atok.  Mana tidaknya aku boleh lupakan, pertama kali mungkin secara zahirnya aku menerima hadiah dari atok, sehelai dress maroon dengan stripe halus merah putih dan sepasang sepatu comel berwarna merah jambu. Indahnya kenangan itu terasa seperti semalam. meningkatlah umurku menapak alam persekolahan. Hampir setiap hari Atok menghantar dan menjemputku pulang dari sekolah. Kadang terasa serbba salah, aku dan adik-adik akan mengambil inisiatif untu berjalan kaki. kadang, tak dapat jug...

Monolog #5 - Kitto Mata Aeru

Image
I want to be honest with my feelings.  But there's always one or two little secret(s)  that I'd want to keep to myself,  my secret that makes my chest slightly ache.   PAGI itu indah sekali. Aku terjaga seawal jam satu pagi kerana diganggu bunyi nyamuk yang sangat berdesing di telinga. Apatah lagi dengan gigitan gatal yang ditinggalkan di tubuhku. Merah dan menyakitkan. Sempat aku tilik di wajah ada satu ‘ciuman’ kemerahan yang menimbul di pipiku. Pasti kerja makhluk kecil berbelang hitam putih itu! Satu plastik ketupat sate dikeluarkan dari cabinet dapur. Dibasuh dan direbus. Rumah dibersihkan buat kesekian kali bagi menyambut permulaan hari baru. Ibuku bangun bagi menunaikan solat malam dan mengingatkan aku supaya berjaga sehingga ketupat selesai masak sepenuhnya. Bahaya kiranya waktu itu lebih kurang jam dua pagi. Seme...

Rumah Sepi 01 - Hari-hari awal.

Image
Rumah Sepi  Hari-hari Awal Nikmat untuk melihat wajah ayah dan ibu adalah nikmat yang terindah. Terima kasih Allah. Aku bersyukur padaMu.  ~ Rumah Sepi 01. Tiada siapa pernah sangka termasuklah diri aku, kecuali Tuhan yang Maha Mengetahui. Hari-hari awal yang aku rasa masih sepi dan sendu. Tanpa keluarga dan kawan-kawan yang boleh membentuk senyuman di bibir, kegeraman di hati, cemberut di wajah atau mata yang sepet-sepet tertutup dek dekah ketawa. Semuanya hilang. Seperti tulisan yang menghilang di pepasir pantai.  Betullah. Jika ketika engkau mula berasa jelik dan malas melayan kerenah manusia di sekeliling, kau harus berpisah dengan mereka. dan tika itu engkau akan berasa merekalah orang-orang yang mendatangkan cahaya penyeri hari-hari yang dilalui. Nah, aku sedang berasa peritnya. setelah sekian lama air mata ego tidak tumpah, namun kerana pengorbanan luar biasa yang aku saksikan buat aku jadi kecil. Ketika jiwa muda yang suka membenrontak i...

Monolog #4 Tak datang-datang

Image
#4 Tak datang-datang   kitto Kadang kita terlepas pandang, Nikmat yang dimahukan tak datang-datang Sampai kita mengeluh, apakah doa kita dipandang? Duhai, Tuhan beri apa yang kau perlukan Tunggu nanti, tiba saat apa yang kau mahukan. Maka ingatlah sebuah kalam Tuhan, "Maka nikmat TuhanMu yang manakah kau dustakan?" - Ar Rahman. Monolog #4

Monolog #3 Tajam Kaca Rindu

Image
#3 Tajam Kaca Rindu kitto rindu.Sangat rindu. yang menjauh, kembali mencari-- Kerana di setiap langkah ada serpihan rindu yang jatuh. Aku bawa melarikan  diri darimu Aku kata-- Ini kerana DIA dan dia Melihat  engkau bahagia,  Cukuplah membahagiakan. Pernah suatu hari-- aku berjanji Untuk tidak berpaling Untuk tidak menoleh lagi  Aku meneruskan langkah Berjalan berlari-- aku ulang Namun tapak mana yang tak haus?  Kau khabarkan kepadaku, ada kah?  Aduhai! Tajamnya kaca rindu itu Aku terpijak lagi!  Sakitnya tidak terperi.  --- Monolog #3 

Monolog #2 Sungguh aku tidak tahu

Image
#2 Sungguh aku tidak tahu. kitto Ada sesuatu yang aku mahu luahkan disini. Semuanya tentang dia. Aku sering mempersoalkan diriku, mengapalah engkau terlalu menyayanginya? Aku akan senyap. Aku berfikir. Namun aku tidak temui jawapan. Aku akan kata, sungguh aku tidak tahu. Tuhanku, sungguh aku tidak tahu dan hanya Engkau Tuhanku yang Maha Mengetahui. Tuhanku, ampunkan aku jika rinduku padanya melebihi rinduku padaMu. Tuhanku, sungguh aku tidak tahu mengapa. Beratnya hati ini merindui selainMu. Tuhanku, lindungi dia untukku. Tuhanku, cintakanlah aku kepadaMu melebihi segalanya. Tuhanku, sungguh aku merinduiMu. Maka aku tinggalkan dia kepadaMu agar aku memperhambakan diriku sepenuhnya kepadaMu. Ameen. *** Pernahkah walau sesaat engkau merindui satu jiwa? Aku pasti engkau pernah. Ingatkah engkau akan utusan terakhir yang merindui beribu jiwa bahkan tidak terkira tanpa mengenali mereka? Tulusnya rindu dan kasih Baginda sehingga ke akhir nafasnya menyebut uma...

Monolog #1 Rintik-rintik jernih

Image
#1 Rintik-rintik jernih  kitto Lama aku menatap rintik-rintik jernih di luar jendela. Angin dingin yang kurasakan mencucuk-cucuk tulang di segenap tubuhku tidaklah menyakitkan. Terasa begitu sejuk meskipun hanya di negara khatulistiwa. Sungguh, mendamaikan. Ku lihat rintik-rintik jernih itu menghentam-hentam dedaunan hijau sebelum jatuh ke lantai bumi.  Seperti aku, si manusia lemah yang ditimpa ujian yang tidak sudah-sudah.  Kau lihat, bukankah rintik jernih itu meninggalkan dedaunan dan datang rintik yang baharu? Ada suara kecil bergema. Hatiku sedang berkata-kata.  Aku lihat keluar. Mencari kebenaran kata-katanya. Benar . Tidakkah kau terlintas bahawa hadirnya ujian-ujian itu untuk menguatkan?  Buktikan bicaramu.  Aku masih menebarkan pandangan ke luar. Melihat laman yang semakin basah. Beberapa lopak air telah terbentuk. Kulihat langit masih mendung. Awan kelabu yang berat seperti mahu pecah merembeskan lagi air j...

Dandelion..

Image
My personal Diary :) Yang kering mampu buat awak ketawa dan yang hidup juga mampu menceriakan mereka yang memandangnya. Sama ada ia hidup atau mati, Dandelion membawa kebaikan kepada mereka yang berada di sekelilingnya. Ia tidak perlukan sesiapa untuk menanamnya, tidak perlu sesiapa untuk menaburkan baja mahupun menyiramnya walaupun kadang ia dipijak ia masih hidup elok, berbunga cantik untuk kita. Akar dandelion boleh dibuat ubat. Dandelion makhluk tuhan yang langsung tidak meminta apa-apa dalam hidupnya, tidak juga perhatian, tapi hadirnya dandelion membawa seribu satu kebaikan dari hidup ke matinya - 13 jam A380, Evelyn Rose. Jeda. Lembutnya kata-kata itu bagai angin lembut yang menjadi halwa telinga. Bukan sebuah kata yang tajam  mencucuk-cucuk benak jiwa. Namun, adakah aku.. membawa kebaikan dari hidup..ke mati?  - kitto.