Monolog #1 Rintik-rintik jernih
#1 Rintik-rintik jernih kitto Lama aku menatap rintik-rintik jernih di luar jendela. Angin dingin yang kurasakan mencucuk-cucuk tulang di segenap tubuhku tidaklah menyakitkan. Terasa begitu sejuk meskipun hanya di negara khatulistiwa. Sungguh, mendamaikan. Ku lihat rintik-rintik jernih itu menghentam-hentam dedaunan hijau sebelum jatuh ke lantai bumi. Seperti aku, si manusia lemah yang ditimpa ujian yang tidak sudah-sudah. Kau lihat, bukankah rintik jernih itu meninggalkan dedaunan dan datang rintik yang baharu? Ada suara kecil bergema. Hatiku sedang berkata-kata. Aku lihat keluar. Mencari kebenaran kata-katanya. Benar . Tidakkah kau terlintas bahawa hadirnya ujian-ujian itu untuk menguatkan? Buktikan bicaramu. Aku masih menebarkan pandangan ke luar. Melihat laman yang semakin basah. Beberapa lopak air telah terbentuk. Kulihat langit masih mendung. Awan kelabu yang berat seperti mahu pecah merembeskan lagi air j...