Posts

Showing posts from October, 2018

Monolog #11 - Monolog dengan Tuhan

Image
Malam yang sunyi, kelam dan tenang. Aku ditemani langit gelap tanpa bintang dan cahaya bulan yang samar-samar di sebalik kapas-kapas kelabu awan. Angin malam yang sejuk menderu masuk ke kamar membelai lembut wajahku. Ada sebuah gelas kaca di hadapanku memantulkan wajah tidak beriak yang sedari tadi aku tatap. Aku melihat sepasang mata di hadapanku. Sebuah mata yang kelam, tampak tenang namun penuh cerita perit di sebalik pantulan kornea itu. Syukur, mata itu masih berfungsi. *** indahnya tidak terkata, sukanya tidak terluah. Perasaan berat yang ditanggung berjaya dirembeskan keluar. Air mata menitis jua usai menghabiskan bacaan surah keegemaranku, surah Al Waqiah. Satu perkara yang aku rindu, jua yang aku amat gelisah jika aku tidak dapat hadirkan. Tangis. Tuhan, aku lemah. sangat lemah. aku menangis. aku rindu. aku mahu pulang. aku mahu pulang kepada kasihMu. Aku selalu rindu akan kasihMu. Kerana aku lemah, kerana aku jahil. Tika aku berada dalam pelukan kasihmu, aku terheret...

Monolog #10 - Semuanya aku yang pilih

tenanglah tenang, masanya akan tiba tenanglah tenang, apakah yang engkau risaukan sekali tataplah saat ini-- tika engkau masih terbang bebas tanpa ikatan benang amanah- berat. jagalah jaga, satu ketul daging merah darah bila-bila dia kan hirang dek kau yang api-apikan jagalah jaga, mahkota di kepala-- kan dia terjatuh bukan dek angin tapi kerana engkau yang dingin- egois. sabarlah sabar, inilah jalan Dia-- terjatuh boleh bangkit terserah- engkau yang pilih. ~kitto 15.10.18