Posts

Showing posts from 2020

you belong to someone else

little that I realize, I wrote the whole page about you only to realize that now you are not mine-  You belong to someone else And I here slowly efface all those reveries I do not know where to go I will just walk on this lonely road With a little dust of hope, to see a light again this is a goodbye

Sepetang terakhir syaaban

Image
Hari ini, 29 Syaaban 1441H bersamaan tanggal 23 April tahun 2020. Sepetang aku bersendiri memerhati dari balik tirai kamar, langit putih tanpa awan namun masih redup. Angin bertiup lembut menyentih pipi mungkin memberi petunjuk hujan bakal turun. Aku tersenyum. Ada debaran yang bergetar di dalam tubuh ini. Seperti sedang menanti seorang kekasih yang amat dirindui akan muncul sebentar sahaja lagi. Aku menanti. Ramadhan. Marhaban ya Ramadhan, selamat pulang wahai kekasih. Seputar tiga ratus enam puluh lima hari mengelilingi matahari, malam ini dengan izin Tuhan, kita akan bertemu lagi. Marbahan ya Ramadhan, bulan hijri yang dinanti-nanti seluruh ummat Muhammad. Ramadhan tahun ini pastinya 'lain' dari Ramadhan sebelum-sebelum ini. Tahun ini, kita dihadirkan ujian dengan sebuah wabak yang tidak terlihat dek mata kasar manusia. Namun, marilah kita percaya dan yakin dengan susunan qada' dan qadar Allah s.w.t. Ramadhan di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sebua...

Agar langit menjadi cerah

Image
kadang-kadang,  hari-hari yang kita lalui penuh dengan rasa rindu. kadang-kadang,  rasa rindu itu tidak kemana. kau tahu, kau dapat merasakannya. Bahawa rasa rindu itu tidak sampai pada yang selayaknya. kau tertanya, mengapa? Izinkan aku menjawabnya.  Boleh jadi kerana kau pikul sendiri. kau simpan. kau biarkan. R indu yang hadir, tidak bertuan. Benar, kan?  Maka bergantung-gantunganlah rindu yang dicipta saban hari itu, membebani bahumu hingga ke langit.  hingga kadang itu, kau tidak sedar ia berubah menjadi satu beban.  Oleh itu, berdoalah. Berdoalah dengan yakin bahawa angin itu membawa rindu-rindu yang bergantungan sampai kepada yang layak menerima.  Agar nanti, beban-beban itu tiada lagi di hari-harimu.Tidak lagi membebani bahumu. Agar langit harimu menjadi cerah. Tidak lagi mendung kerana rindu yang bergantungan. Semoga kau berbahagia. Usah menanggung rindu yang berat. Berat. Sakit. Dan kau tahu itu. kau tahu itu, kan? ...

Sebuah kiriman di langit senja

Image
Selamat hari lahir,                Terima kasih kerana hadir.     Terima kasih kerana masih ada.  Semoga baik-baik saja. 

Sebelum aku lena

Image
Tulisan pertama buat diriku sebelum lena. Hari ini sebelum lena, aku berfikir akan apa yang telah aku lakukan seawal aku bangun, sehinggalah ke detik ini aku sedang menaip disini. Tika aku meluangkan waktu ini, sambil irama lembut menjadi halwa, terasa sungguh nyaman dan bermakna sekali setiap detik waktu. Apatah lagi..detik waktu yang telah berlalu. Apakah ia diisi atau disiakan..? Saat ini wajah dan bayang ayah dan ibuku jelas tergambar di imaginasiku.. Aku mempersoal.. Apakah mereka tidak penat? Mengapa mereka begitu kuat? Apakah aku..terlalu sombong? Ya..aku sombong. Aku membiarkan ayah dan ibuku berpenat lelah mencari rezeki. Dari subuh hingga langit menjadi jingga. Begitulah saban hari. Kesana ke mari, berkorban nyawa di jalan raya.  Ya Tuhanku..maafkanlah aku dan berilah aku jalan untuk bantu ayah dan ibuku. Hari ini juga, aku menjadi singa. Aku berdosa. Rasa bersalah dan kasihan. Adikku Hadif Zafran, maafkanlah kakak.  Hari ya...

hari 1 dari 366

2020. I am one of many who once believe 2020 is so distant to reach, but today, hey it is here. 01.01.2020. Ten years ago, I was only 12 years old, competing for better grades for primary school exams. Today, after that ten years, I am 22 years old young-adult still, competing for good grades in university. You see, are there any changes after the decade?  As for me, I would answer YES. Now, I see life with wide perspectives. I can view and differentiate what is good, what is bad in life. I can make my own decision. I have the right to decide my own path in life. I have realized the purpose of life, planning my life journey and all. I spend more time for myself, reflecting and renew my intention daily. My journey through the decade 2010 to 2019 taught me many things, experiences, and moments that I believe have shaped me into who I am today. How about you?  Phase after phase, you and I have been through a lot. I am proud of you to be here today. Look at yourself, yo...