Monolog #25 - Si pemalas
Dia dianggap pemalas, Kerana dia tidak memasak Katanya "cuti ni, dia tu tak memasak langsung!" Tapi, Bila dia memasak-- Tiada siapa yang jamah. Si pemalas juga yang habiskan. "Tak sedap ke?" Detik hati si pemalas. "Sedap je. Tak tumpah garam pun." Memilih. Manusia memang suka memilih. Dan menghakimi. Apa-apalah. Si pemalas sudah murka. Malas mahu melayan kerenah manusia. Biar si pemalas ini dengan ruang dan masanya sendiri.