Posts

Showing posts from September, 2022

Monolog 28: Aku Pungguk kau Purnama

Namamu sahaja mampu menerbitkan kehangatan di jiwa Senyumanmu mampu mengukir seindah senyuman di bibirku Wajahmu seindah purnama di malam yang gelap Redup matamu melihat aku tanpa seribu kata Diam penuh misteri buat aku meneka-neka Apakah yang sedang kau rasa? Apakah kau dapat baca bahawa aku sedang berkata- "aku merinduimu"? Bisu tanpa sepatah kata yang ada cuma segebu rasa bermukim di jiwa tidak pernah lena begitu lama begitu derita  menahan derita rindu, kecewa Entahlah mungkin begitulah lumrah 'cinta'. entahlah.. Entahkan esok lusa bagaimanalah pula Semoga Tuhan jagakan dia Sampai bila-bila, semoga Tuhan jagakan dia.