Posts

Showing posts from September, 2018

Monolog #9 - Dua Puluh tahun 1998

Tulus tulisan ini aku tuliskan buat ibu yang aku gelarkan mama,     Dua puluh tahun dahulu, ketika itu engkau hanya berumur dua puluh satu. Tepat waktu zohor  dua puluh hari bulan sembilan tahun 1998, engkau selamat melahirkan aku yang masih kosong akan fitnah dunia. Mungkin pada waktu itu, yang aku kenal hanyalah haruman tubuhmu yang bisa menenangkan kebingitan tangisku. Dua puluh tahun, hari ini kasihnya engkau masih setia menjaga aku sepenuh kudratmu. Mataku ini menjadi saksi engkau kesana kemari menggali sumber rezeki. Masih, sehingga ke hari ini, belum pernah sekali pun engkau berhenti rehat apatah lagi mengeluh tidak pernah aku dengar. Aku cuma melihat, senyuman indah dan masa yang engkau luangkan dengan kami. Mama, apakah erti sebenar kebahagiaan bagimu? kata-kataku yang manis, puitis ini tiadalah ertiya buatmu. Semuanya bagai angin yang menyapa lembut ke pipimu sahaja. Ia akan hilang sekelip mata. Sungguhlah aku takut sebenarnya. Memikirkan masa depan yang ...

Monolog #8 - Aku cerminan dia, dia cerminan aku

Waktu pagi, selepas subuh. Surah Luqman menjadi santapanku.  Kalam indah dari Tuhan yang Maha Penyayang, Yang penuh cinta. Usai, aku mula membaca sebuah buku yang aku pinjam dari pustaka. Reclaim your heart - Yasmen Mogahed. Akhir muka 16 aku menyambung baca. Di pertengahan, aku seperti temui jawapan yang aku mahukan.  Rupanya, Allah menyebut -- "Verily never will God change the condition of people until they change what is within themselves." (Quran 13:11). Jawapan. Maha suci Allah, Tuhan memberi aku jawapan.  Dia cerminan aku. Aku cerminan dia. Jika kau mahu dia jadi baik, kau dulu perlu jadi baik. Bukan pura-pura, tapi ikhlas dalam amal.  InsyaAllah, dengan izin Allah.

Monolog #7 - Digari biar dia terkunci

Semalaman juga aku berfikir Untunglah mungkin aku ketemu jawapan Aku sedar rupanya, Jika aku bebas, dia juga bebas. Lepas. Bila aku digari, dia juga terkunci. Dilindungi. Yang akhirnya buat aku resah Aku tidak mahu dia jadi seperti dulu Jadi aku tertanya, Apakah aku mencerminkan dirinya, Ataukah dia mencerminkan aku?  Ah, rumit! Nah, eloklah aku digari. Biar dia terkunci.    Kerana aku mahu dia dilindungi. ~ 170918 Monolog #7 - Digari biar dia terkunci.

Monolog #6 - Ada gari di kaki.

Image
Banyak kali aku mahu lari, Aku terlepas bebas setelah mencuba berkali Keras, sakit, perit usah dipeduli Rupanya aku tidak sedar Aku berlari membawa gari di kaki.  ~ 160918.

Atok - Aku hidup dalam rindu.

Image
Terasa seperti semalam atok membawa seorang gadis kecil menaiki bas Leng Seng menuju ke Jalan Chow Kit bersama nenek. Masih jelas gambaran itu dimindaku meskipun aku hanyalah berumur 4 tahun ketika itu. Jika kau tanyakan kepadaku, apakah ada lagi yang aku ingat.. Tidak. Itu sahaja yang aku ingat. Aku yang berada di tepi tingkap, rambut yang terbuai-buai mengikut alunan angin, aku yang teruja -- pertama kali menaiki bas, atok berkemeja di sebelah, nenek yang manis berbaju kurung di sebelah atok.  Mana tidaknya aku boleh lupakan, pertama kali mungkin secara zahirnya aku menerima hadiah dari atok, sehelai dress maroon dengan stripe halus merah putih dan sepasang sepatu comel berwarna merah jambu. Indahnya kenangan itu terasa seperti semalam. meningkatlah umurku menapak alam persekolahan. Hampir setiap hari Atok menghantar dan menjemputku pulang dari sekolah. Kadang terasa serbba salah, aku dan adik-adik akan mengambil inisiatif untu berjalan kaki. kadang, tak dapat jug...

Monolog #5 - Kitto Mata Aeru

Image
I want to be honest with my feelings.  But there's always one or two little secret(s)  that I'd want to keep to myself,  my secret that makes my chest slightly ache.   PAGI itu indah sekali. Aku terjaga seawal jam satu pagi kerana diganggu bunyi nyamuk yang sangat berdesing di telinga. Apatah lagi dengan gigitan gatal yang ditinggalkan di tubuhku. Merah dan menyakitkan. Sempat aku tilik di wajah ada satu ‘ciuman’ kemerahan yang menimbul di pipiku. Pasti kerja makhluk kecil berbelang hitam putih itu! Satu plastik ketupat sate dikeluarkan dari cabinet dapur. Dibasuh dan direbus. Rumah dibersihkan buat kesekian kali bagi menyambut permulaan hari baru. Ibuku bangun bagi menunaikan solat malam dan mengingatkan aku supaya berjaga sehingga ketupat selesai masak sepenuhnya. Bahaya kiranya waktu itu lebih kurang jam dua pagi. Seme...

Rumah Sepi 01 - Hari-hari awal.

Image
Rumah Sepi  Hari-hari Awal Nikmat untuk melihat wajah ayah dan ibu adalah nikmat yang terindah. Terima kasih Allah. Aku bersyukur padaMu.  ~ Rumah Sepi 01. Tiada siapa pernah sangka termasuklah diri aku, kecuali Tuhan yang Maha Mengetahui. Hari-hari awal yang aku rasa masih sepi dan sendu. Tanpa keluarga dan kawan-kawan yang boleh membentuk senyuman di bibir, kegeraman di hati, cemberut di wajah atau mata yang sepet-sepet tertutup dek dekah ketawa. Semuanya hilang. Seperti tulisan yang menghilang di pepasir pantai.  Betullah. Jika ketika engkau mula berasa jelik dan malas melayan kerenah manusia di sekeliling, kau harus berpisah dengan mereka. dan tika itu engkau akan berasa merekalah orang-orang yang mendatangkan cahaya penyeri hari-hari yang dilalui. Nah, aku sedang berasa peritnya. setelah sekian lama air mata ego tidak tumpah, namun kerana pengorbanan luar biasa yang aku saksikan buat aku jadi kecil. Ketika jiwa muda yang suka membenrontak i...

Monolog #4 Tak datang-datang

Image
#4 Tak datang-datang   kitto Kadang kita terlepas pandang, Nikmat yang dimahukan tak datang-datang Sampai kita mengeluh, apakah doa kita dipandang? Duhai, Tuhan beri apa yang kau perlukan Tunggu nanti, tiba saat apa yang kau mahukan. Maka ingatlah sebuah kalam Tuhan, "Maka nikmat TuhanMu yang manakah kau dustakan?" - Ar Rahman. Monolog #4