Monolog 28: Aku Pungguk kau Purnama
Namamu sahaja mampu menerbitkan kehangatan di jiwa
Senyumanmu mampu mengukir seindah senyuman di bibirku
Wajahmu seindah purnama di malam yang gelap
Redup matamu melihat aku tanpa seribu kata
Diam penuh misteri buat aku meneka-neka
Apakah yang sedang kau rasa?
Apakah kau dapat baca
bahawa aku sedang berkata-
"aku merinduimu"?
Bisu tanpa sepatah kata
yang ada cuma segebu rasa
bermukim di jiwa tidak pernah lena
begitu lama begitu derita
menahan derita rindu, kecewa
Entahlah mungkin begitulah lumrah 'cinta'.
entahlah..
Entahkan esok lusa bagaimanalah pula
Semoga Tuhan jagakan dia
Sampai bila-bila, semoga Tuhan jagakan dia.
Comments
Post a Comment