eid adha
![]() |
| Salam aidil adha 1435 H Semoga segala amalan kita diberkati dan dirahmati Allah InsyaaAllah Sm;)e |
Assalamualaikum.
Salam aidil adha semua.
Alhamdulillah semalam aku diberi peluang untuk menyambut aidil adha buat kali ke 16 .
Tapi,
Ada satu perkara yang buat aku sedih.
Aku bangun awal.
Dengan niat yang membara,
Untuk bersiap siap untuk solat sunat aidil adha.
Tapi,
Sebelum tu,
Aku siap siap kan apa yang patut.
Sempat lagi..
Aku sapu habuk sikit sikit
Hanger baju
Basuh pinggan
Iron baju
Dll.
Setiap saat aku tengok jam.
Aku takut tak sempat untuk bersiap.
Jadi, aku kejut adik adik ku
Supaya pergi mandi dan bersiap
Hazim bangun dulu.
Dia pergi mandi.
Aku ironkan baju dia.
Dalam hati,
Aku risau.
Aku sempat ke tidak?
Aku kejut yang lain.
Pergi mandi.
Takut lambat untuk pergi masjid.
Bila lelaki semuanya siap mandi,
Jam.waktu.masa.
Aku rasa aku tak sempat.
Sempatkan aku?
Kesayanganku memujukku. ( jangan salah faham. Its my mom)
Tidak mengapa,
Perempuan sunnat
Duduk rumah tolong apa yang patut
Hatiku meronta.
Sedih .
Perit.
Pahit.
Semuanya bersatu bersimpul menjadi sebatian.
Aku teringin sangat nak pergi solat raya.
Aku takut.
Kalau tahun depan aku tak dapat lagi peluang ni..
Tapi siapalah aku
Aku hanya seorang hamba..
Isnin.
Balik asrama.
Mentarbiahku untuk kembali berdisiplin.
Selasa dan seterusnya.
Ujian duniawi.
Peperiksaan akhir tahun.
Menguji keupayaanku.
Ya Allah bantulah hambaMu..
Coretan terakhir,
Aku sayang mama dan abah.
Terlalu besar pengorbanan mereka
Tapi kenapa aku
Masih ada secubit rasa malas
Untuk membantu mereka?
Astaghfirullah..
Menangis.ya aku menangis. Kenapa aku begini?
Kenapa aku ego?
Kenapa?
Why?
Waeyo?
Limaza?
...
![]() |
| Satu satunya gambar aidil adha yang aku ada |

Comments
Post a Comment