Monolog #7 - Digari biar dia terkunci



Semalaman juga aku berfikir
Untunglah mungkin aku ketemu jawapan
Aku sedar rupanya,
Jika aku bebas, dia juga bebas. Lepas.
Bila aku digari, dia juga terkunci. Dilindungi.
Yang akhirnya buat aku resah
Aku tidak mahu dia jadi seperti dulu
Jadi aku tertanya,
Apakah aku mencerminkan dirinya,
Ataukah dia mencerminkan aku? 
Ah, rumit!
Nah, eloklah aku digari. Biar dia terkunci. 

 Kerana aku mahu dia dilindungi. ~ 170918

Monolog #7 - Digari biar dia terkunci.

Comments

Popular posts from this blog

Wingless Angel

Glimpse of 2022

Monolog #14 - Samar - samar