Monolog #11 - Monolog dengan Tuhan
Malam yang sunyi, kelam dan tenang. Aku ditemani langit gelap tanpa bintang dan cahaya bulan yang samar-samar di sebalik kapas-kapas kelabu awan. Angin malam yang sejuk menderu masuk ke kamar membelai lembut wajahku. Ada sebuah gelas kaca di hadapanku memantulkan wajah tidak beriak yang sedari tadi aku tatap. Aku melihat sepasang mata di hadapanku. Sebuah mata yang kelam, tampak tenang namun penuh cerita perit di sebalik pantulan kornea itu. Syukur, mata itu masih berfungsi.
***
indahnya tidak terkata, sukanya tidak terluah. Perasaan berat yang ditanggung berjaya dirembeskan keluar. Air mata menitis jua usai menghabiskan bacaan surah keegemaranku, surah Al Waqiah. Satu perkara yang aku rindu, jua yang aku amat gelisah jika aku tidak dapat hadirkan. Tangis. Tuhan, aku lemah. sangat lemah. aku menangis. aku rindu. aku mahu pulang. aku mahu pulang kepada kasihMu. Aku selalu rindu akan kasihMu. Kerana aku lemah, kerana aku jahil. Tika aku berada dalam pelukan kasihmu, aku terheret ke belakang ditarik ditipu kasih dunia. Sungguh aku takut. sungguh, Tuhanku. Sungguh!
***
Tuhanku, aku melihat diriku sebagai seorang yang kuat, tabah dan mampu berdiri. Kadang aku terasa kesunyian tanpa 'kawan' yang benar-benar aku rasa dia adalah 'kawan'. Mungkin tafsiran aku salah. Namun aku masih bersyukur kerana Engkau beri aku peluang untuk berani tempuh sendiri. Tuhanku, aku ada kawan. Tapi tidak semua selesa bersama aku. Mungkin kerana aku seorang yang senyap? Aku tidak banyak berkata, bukan beerti aku sombong. Sungguh Tuhanku, aku lemah tidak mampu menilai manusia. Namun aku bersyukur, Engkau hadirkan aku kawan-kawan yang baik, memahami, menghormati dan lembut kepadaku. Subhanallah.
***
Tuhanku, aku sedang berperang. Apakah ini jihad? Berperang melawan nafsu malas untuk menuntut ilmu. Berperang menahan perasaan untuk merasa kasih yang bukan sekarang waktunya? Sungguh Tuhanku, teruskan. teruskan beri aku kekuatan. La hawla Wala Quwwata Illa billah!
***
Tuhanku,
setiap derap langkah, setiap nafas yang dihembus, setiap kalamMu yang aku lihat, dengar, baca melalui setiap pancainderaku--
ku mohon Engkau bersamaku. Redhai aku. Berkati aku. Maafkan aku. Kasihkan aku,
Aku sentiasa mendambakan pelukan kasihMu. ~. 181018

Comments
Post a Comment