Monolog #14 - Samar - samar
samar-samar aku melalui jalan ini
syukur ada tali teguh di sepanjang perjalananku--Tawakkal.
jatuh, tersungkur, lemah, usahlah dilayan--
aku bangkit juga.
apalah yang mahu dikeluh, perjalanan ini--
perjalanan ilmu. ilmu mengangkat darjat. ilmu membentuk akhlak. Ilmu membuka mata, melihat kebesaranNya.
aku tak mampu meramal hari esok--
aku hanya perlu teruskan berjalan.
Jangan ditanya "kenapa tidak berlari?"
Kerana aku tak mahu terlepas--
setiap kecantikan dan hikmah sepanjang perjalanan ini.
Sikit-sikit--
hikmahnya mula terlihat.
Allahumma baariklana (Ya Allah, kurniakan keberkatan ke atas kami!)

Comments
Post a Comment