Monolog #22 - Surat untuk dia.

Aku mulakan bait-bait kata yang lahir tulus dari hati ini, dengan kalam indah..

Bismillahirrahmanirrahiim.

Untuk dia,
seorang yang aku sentiasa rindu, 
aku puja dan puji,
yang buat aku tersenyum setiap kali mengingatinya,
yang dihati dan tiada yang lain,
yang aku mahu lari untuk kesekian kalinya,
yang namanya sentiasa disebut-sebut untuk sekian doa,
yang aku berharap...
mungkin tidak akan terjadi. 

entah kesekian kali, aku putuskan ini surat terakhir. 

Tinggallah Engkau menjadi kenangan untukku. Aku akan biarkan diriku bebas terbang tanpa ikatan lagi. Ya, ikatan yang aku bina sendiri. Bodohnya aku, namun aku tidak sesekali menyesali. 
Aku tahu aku tidak mampu memilikimu. Cukuplah aku kini hanya mendoakanmu. Aku juga sudah penat untuk membawa harapan. Sekarang, aku berserah sepenuhnya pada Dia, yang Maha mengetahui segala sesuatu. Biarlah Dia yang membuka jalan. 

Kau tahu, bibir aku tidak lekang dari senyuman tatkala menaip bait-bait tulus dari hati ini. Entah kerana jiwa ini terasa tenang atau kerana mengingatimu..? 

Entahlah. Aku sendiri mungkin sudah keliru. Namun, biarlah selepas ini jika aku melihatmu..aku hanya melihat dengan pandangan biasa, hanya sebagai seorang manusia yang hadir dan pergi sepantas waktu..Bukan lagi pandangan seorang yang penuh kasih dan mengharapkan perhatian.

kerana aku tahu, engkau tidak akan pernah memberikan aku ruang itu. 

Aku tidak lagi berharap. Tidak ada lagi rindu. Aku lepaskan. Pergilah. Pergi. 

tinggal hanya pandangan kosong dari mata ini. 

Semoga engkau dan aku menemui bahagia di bawah RahmatNya.

Comments

Popular posts from this blog

Wingless Angel

Glimpse of 2022

Monolog #14 - Samar - samar