Sepetang terakhir syaaban
Hari ini, 29 Syaaban 1441H bersamaan tanggal 23 April tahun 2020.
Sepetang aku bersendiri memerhati dari balik tirai kamar, langit putih tanpa awan namun masih redup. Angin bertiup lembut menyentih pipi mungkin memberi petunjuk hujan bakal turun. Aku tersenyum. Ada debaran yang bergetar di dalam tubuh ini. Seperti sedang menanti seorang kekasih yang amat dirindui akan muncul sebentar sahaja lagi. Aku menanti.
Ramadhan.
Marhaban ya Ramadhan, selamat pulang wahai kekasih. Seputar tiga ratus enam puluh lima hari mengelilingi matahari, malam ini dengan izin Tuhan, kita akan bertemu lagi. Marbahan ya Ramadhan, bulan hijri yang dinanti-nanti seluruh ummat Muhammad.
Ramadhan tahun ini pastinya 'lain' dari Ramadhan sebelum-sebelum ini. Tahun ini, kita dihadirkan ujian dengan sebuah wabak yang tidak terlihat dek mata kasar manusia. Namun, marilah kita percaya dan yakin dengan susunan qada' dan qadar Allah s.w.t. Ramadhan di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sebuah hikmah indah juga. Sungguh, terlampau banyak masa luang untuk dimanfaatkan sepanjang hari. Jika sebelum ini, pada bulan Ramadhan, kita sibuk dengan tuntutan duniawi seperti bekerja dan sebagainya, namun hari ini, kita direhatkan. kita punya banyak masa terluang untuk beribadah kepadaNya. Subhanallah, alhamdulillah.
Wahai Tuhanku, terima kasih kerana masih mempertemukan kami dengan Ramadhan. Sungguh, Engkau Tuhanku yang Maha Penyayang.
Semoga Allah memberkati, mengampuni, memaafkan kita semua, aameen.

![]() |
| pic credit to pinterest |

Comments
Post a Comment