Monolog #7 - Digari biar dia terkunci
Semalaman juga aku berfikir Untunglah mungkin aku ketemu jawapan Aku sedar rupanya, Jika aku bebas, dia juga bebas. Lepas. Bila aku digari, dia juga terkunci. Dilindungi. Yang akhirnya buat aku resah Aku tidak mahu dia jadi seperti dulu Jadi aku tertanya, Apakah aku mencerminkan dirinya, Ataukah dia mencerminkan aku? Ah, rumit! Nah, eloklah aku digari. Biar dia terkunci. Kerana aku mahu dia dilindungi. ~ 170918 Monolog #7 - Digari biar dia terkunci.

Comments
Post a Comment