Monolog 26: Mana yang lebih menakutkan? Jauh dari Tuhan atau manusia?
Entah kenapa blog yang sudah usang ini menjengah fikiran. Ada rasa sunyi, ada rasa rindu. ada rasa sakit yang hadir bersama. Kebanyakan coretan dan curahan yang dimuntahkan di laman ini adalah bisikan-bisikan hati dan jeritan dari jiwa aku yang sunyi dan mungkin sepi dengan cinta.
Jujur, sebenarnya aku takut untuk menyatakan aku sepi dan sunyi. Kerana itu bermakna, aku mendeklerasikan bahawa aku.jauh.dari.Tuhan. ...
Tidakkah itu lebih menakutkan? Bukankan cinta kepada Tuhan, akan mengindahkan segala rasa di hati, melapangkan segala ruang di jiwa?
Comments
Post a Comment