Monolog #2 Sungguh aku tidak tahu
#2 Sungguh aku tidak tahu.
kitto
Ada sesuatu yang aku mahu luahkan disini.
Semuanya tentang dia. Aku sering mempersoalkan diriku, mengapalah engkau terlalu menyayanginya? Aku akan senyap. Aku berfikir. Namun aku tidak temui jawapan. Aku akan kata, sungguh aku tidak tahu.
Ameen.
***
Pernahkah walau sesaat engkau merindui satu jiwa? Aku pasti engkau pernah. Ingatkah engkau akan utusan terakhir yang merindui beribu jiwa bahkan tidak terkira tanpa mengenali mereka? Tulusnya rindu dan kasih Baginda sehingga ke akhir nafasnya menyebut umatku, umatku, umatku.
Aku yang sombong, aku yang hina. Belum tibakah masa untuk aku mendalami cinta kepada-Nya? Tika hati mula terpaut pada satu hamba, tidaklah aku mahu hati ini keras dari tunduk merendah kepada-Nya. Kerana DIA yang menggerak jiwa. Kerana DIA yang mengetahui apa yang ada di dalam jiwa.
Tuhanku, sungguh aku tidak tahu dan hanya Engkau Tuhanku yang Maha Mengetahui.
Tuhanku, ampunkan aku jika rinduku padanya melebihi rinduku padaMu.
Tuhanku, sungguh aku tidak tahu mengapa. Beratnya hati ini merindui selainMu.
Tuhanku, lindungi dia untukku.
Tuhanku, cintakanlah aku kepadaMu melebihi segalanya.
Tuhanku, sungguh aku merinduiMu.
Maka aku tinggalkan dia kepadaMu agar aku memperhambakan diriku sepenuhnya kepadaMu.
***
Pernahkah walau sesaat engkau merindui satu jiwa? Aku pasti engkau pernah. Ingatkah engkau akan utusan terakhir yang merindui beribu jiwa bahkan tidak terkira tanpa mengenali mereka? Tulusnya rindu dan kasih Baginda sehingga ke akhir nafasnya menyebut umatku, umatku, umatku.
Aku yang sombong, aku yang hina. Belum tibakah masa untuk aku mendalami cinta kepada-Nya? Tika hati mula terpaut pada satu hamba, tidaklah aku mahu hati ini keras dari tunduk merendah kepada-Nya. Kerana DIA yang menggerak jiwa. Kerana DIA yang mengetahui apa yang ada di dalam jiwa.
Ketika hatimu berharap kepada seseorang, maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan
Supaya kamu mengetahui bahawa Allah mencemburui hati yang berharap selain DIA.
Maka Allah menghalangmu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-NYA
-
Imam Syafie
Monolog #2
Monolog #2

Comments
Post a Comment