Monolog #3 Tajam Kaca Rindu
#3 Tajam Kaca Rindu
kitto
yang menjauh, kembali mencari--
Kerana di setiap langkah
ada serpihan rindu yang jatuh.
ada serpihan rindu yang jatuh.
Aku bawa melarikan diri darimu
Aku kata--
Ini kerana DIA dan dia
Aku kata--
Ini kerana DIA dan dia
Melihat engkau bahagia,
Cukuplah membahagiakan.
Pernah suatu hari--
aku berjanji
aku berjanji
Untuk tidak berpaling
Untuk tidak menoleh lagi
Untuk tidak menoleh lagi
Aku meneruskan langkah
Berjalan berlari--
aku ulang
aku ulang
Namun tapak mana yang tak haus?
Kau khabarkan kepadaku, ada kah?
Aduhai!
Tajamnya kaca rindu itu
Aku terpijak lagi!
Sakitnya tidak terperi.
---
Monolog #3

Comments
Post a Comment