Monolog #12 - Aku mahu menulis
Aku mahu menulis,
apabila tiada yang mahu mendengar.
Mungkin ada yang mahu mendengar, namun takkan pernah memahami.
Aku melihat manusia itu semua bertopeng..
temasuklah aku.
Aku mahu menulis sesuatu yang yang tak mampu terluah,
aku merasa penat, sedih dan kosong.
Mungkin kerana hati aku kelam. Mungkin juga kerana cinta aku kepada Tuhan sangat suram.
Kau tahu, aku hidup dalam dunia penuh fitnah. Aku takut sangat.
Aku tersungkur dari simpulan tali kukuh.
Apa jadi andai aku lupa kan tujuan hidup yang sebenar?
Yang dunia ini hanya sementara,
yang dunia ini hanya medan permainan,
yang aku ini hanya boneka bernyawa.
Allah, sungguh aku takut.
Jika kosong nanti tika aku bertemu denganMu.
Allah.

Comments
Post a Comment