Monolog #21 - Tawakkal

Ya Allah, ketika hati ini terlalu sedih dan lemah kerana manusia, ingatkanlah aku bahawa aku juga manusia seperti mereka. Lemah dan berdosa.

Ya Allah, ketika hati ini terlalu sedih dan lemah kerana manusia, ingatkanlah aku bahawa Engkau ada untuk memberikan aku kegembiraan, tempat aku berpaut dan meluahkan segala.

Ya Allah, ketika hati ini terlalu lemah dan berputus asa, hadirkanlah sentiasa rasa keasyikan dan keseronokan untuk berdoa dan bersamaMu. Jemputlah aku sentiasa untuk asyik berdamping denganMu. Kerana Engkau jualah yang memberikan ujian, dan pemilik segala kebahagiaan.

Namun Ya Rabbi, Pemilik cinta paling suci, aku bersyukur. Sangat-sangat bersyukur dengan segala kebaikan yang Engkau hadirkan kepadaku. Maafkanlah aku, ampunilah aku. Bawalah aku sentiasa dekat kepadaMu. Jauhkanlah apa jua yang buruk bagiku. Dekatkanlah apa jua yang baik bagiku. 

Ya Allah, aku berserah diri sepenuhnya kepadaMu. 
Hasbiya Allah Wani'mal wakeel Wani'mal Maula Wani'man Naseer. Ameen.

Comments

Popular posts from this blog

Wingless Angel

Glimpse of 2022

Monolog #14 - Samar - samar