Monolog #17 - Penjara tiga segi

Image result for gif alone at garden


Tuhan-Sang Pencipta, Manusia si hina dan kemajuan dunia, ibarat tiga pintu jeriji kebal yang memerangkap aku, seorang hamba yang lemah. Tersepit, lemah tanpa kuasa. 

Sakit, terdesak bagai dihentak

Aku bukan siapa-siapa. Macam engkau, aku juga manusia. Punya akal, perasaan, nafsu dan emosi. Cuma mungkin aku dan engkau berbeza pangkat dan mungkin pendapat. 

Tapi, aku tahu..di sisi Tuhan Khaliq, kau dan aku

Adalah SAMA.

Dunia terasa seperti penjara untukku. Ya, penjara yang aku bina sendiri. Memerangkap aku sendirian terasing dari dunia hitam dan gelap. Tuhan, adakah cahaya yang akan menerangi? Atau dapatkah aku memberi cahaya walau sedikit cuma? Tuhan, sepasang mata yang engkau kurniakan ini telah menjadi saksi kehancuran, kesakitan, permainan juga keindahan dunia ini..sehingga aku takut. Takut aku jauh dari rahmat dan kasihMu. 

Penjara itu gelap. diterangi secebis cahaya iman yang malap-malap ditiup angin ujian. Kadang mahu terpadam, namun ada engkau wahai Tuhan..masih memberikan aku simpulan tali kukuh. Iman itu masih ada. masih setia disisiku walau aku dan dia ibarat di hujung tebing tinggi. Goyah dicabar angin kencang. Bila-bila sahaja boleh jatuh ke dalam gaung kelam. 

Penjara itu berbentuk tiga segi. Tiga penjuru, tiga pintu..tinggal aku berada di tengah-tengah ruang berfikir mana yang harus dipilih. Berputar-putar di tengah ruang sepi, berfikir membuat aku terhenti. Aku kira, aku menemui jawapan.

Keseimbangan dan Kesederhanaan.

Aku perlu melaluinya semua. Jika aku tetap berada disini, di ruang tengah ini.. apakah akan merubah sesuatu? Tidak. Sama sekali tidak. Hanya pepasir masa yang akan laju meninggalkan aku.
Kau mahu tahu..tiga pintu itu?

Tiga pintu itu adalah pintu amanah ukhrawi, amanah dan hiburan duniawi dan dia. Ya, itu apa yang aku rasakan dan aku lihat situasiku sekarang. Hati yang mahu semuanya. Hati yang merindui kembali ke dakapan Ilahi, hati yang takut dengan permainan dunia juga hati yang sentiasa merindui dia..

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. 

adakah kau pernah berasa begitu juga? 


Comments

Popular posts from this blog

Wingless Angel

Glimpse of 2022

Monolog #14 - Samar - samar