Sebelum aku lena


Tulisan pertama buat diriku sebelum lena.


Hari ini sebelum lena, aku berfikir akan apa yang telah aku lakukan seawal aku bangun, sehinggalah ke detik ini aku sedang menaip disini. Tika aku meluangkan waktu ini, sambil irama lembut menjadi halwa, terasa sungguh nyaman dan bermakna sekali setiap detik waktu. Apatah lagi..detik waktu yang telah berlalu. Apakah ia diisi atau disiakan..?

Saat ini wajah dan bayang ayah dan ibuku jelas tergambar di imaginasiku.. Aku mempersoal..

Apakah mereka tidak penat?
Mengapa mereka begitu kuat?
Apakah aku..terlalu sombong?

Ya..aku sombong.

Aku membiarkan ayah dan ibuku berpenat lelah mencari rezeki. Dari subuh hingga langit menjadi jingga. Begitulah saban hari. Kesana ke mari, berkorban nyawa di jalan raya. 

Ya Tuhanku..maafkanlah aku dan berilah aku jalan untuk bantu ayah dan ibuku.

Hari ini juga, aku menjadi singa. Aku berdosa. Rasa bersalah dan kasihan. Adikku Hadif Zafran, maafkanlah kakak. 

Hari yang panjang..
Aku mahu berehat. 
Semoga Tuhan bukakan jalan.
Buat ayah dan ibuku.
Aku sayang kalian.
Maafkan.
Maafkan aku.
Kejut aku wahai Tuhan,
Selamat malam penduduk alam. 

N.S.F
15012020

Comments

Popular posts from this blog

Wingless Angel

Glimpse of 2022

Monolog #14 - Samar - samar