Posts

Monolog #22 - Surat untuk dia.

Aku mulakan bait-bait kata yang lahir tulus dari hati ini, dengan kalam indah.. Bismillahirrahmanirrahiim. Untuk dia, seorang yang aku sentiasa rindu,  aku puja dan puji, yang buat aku tersenyum setiap kali mengingatinya, yang dihati dan tiada yang lain, yang aku mahu lari untuk kesekian kalinya, yang namanya sentiasa disebut-sebut untuk sekian doa, yang aku berharap... mungkin tidak akan terjadi.  entah kesekian kali, aku putuskan ini surat terakhir.  Tinggallah Engkau menjadi kenangan untukku. Aku akan biarkan diriku bebas terbang tanpa ikatan lagi. Ya, ikatan yang aku bina sendiri. Bodohnya aku, namun aku tidak sesekali menyesali.  Aku tahu aku tidak mampu memilikimu. Cukuplah aku kini hanya mendoakanmu. Aku juga sudah penat untuk membawa harapan. Sekarang, aku berserah sepenuhnya pada Dia, yang Maha mengetahui segala sesuatu. Biarlah Dia yang membuka jalan.  Kau tahu, bibir aku tidak lekang dari senyuman tatkala menaip b...

Monolog #21 - Tawakkal

Ya Allah, ketika hati ini terlalu sedih dan lemah kerana manusia, ingatkanlah aku bahawa aku juga manusia seperti mereka. Lemah dan berdosa. Ya Allah, ketika hati ini terlalu sedih dan lemah kerana manusia, ingatkanlah aku bahawa Engkau ada untuk memberikan aku kegembiraan, tempat aku berpaut dan meluahkan segala. Ya Allah, ketika hati ini terlalu lemah dan berputus asa, hadirkanlah sentiasa rasa keasyikan dan keseronokan untuk berdoa dan bersamaMu. Jemputlah aku sentiasa untuk asyik berdamping denganMu. Kerana Engkau jualah yang memberikan ujian, dan pemilik segala kebahagiaan. Namun Ya Rabbi, Pemilik cinta paling suci, aku bersyukur. Sangat-sangat bersyukur dengan segala kebaikan yang Engkau hadirkan kepadaku. Maafkanlah aku, ampunilah aku. Bawalah aku sentiasa dekat kepadaMu. Jauhkanlah apa jua yang buruk bagiku. Dekatkanlah apa jua yang baik bagiku.  Ya Allah, aku berserah diri sepenuhnya kepadaMu.  Hasbiya Allah Wani'mal wakeel Wani'mal Maula Wani'man...

Monolog #18 - Entah benar atau dusta

Dikala hari-hariku Penuh penantian kerinduan Aku titipkan doa indah Buat engkau dan keluarga Hari-hari aku menanti Walau sekali Cukuplah aku melihat engkau Dari jauh Sudah cukup sungguh, membahagiakan. Maha Suci Tuhan Al Khaliq, Apalah yang dijadikan untukku Sehingga aku sangat menyayangimu sebegitu rupa Hanya DIA, Tuhanku Maha mengetahui Apakah benar atau dusta Anugerah ini.

Monolog #17 - Penjara tiga segi

Image
Tuhan-Sang Pencipta, Manusia si hina dan kemajuan dunia, ibarat tiga pintu jeriji kebal yang memerangkap aku, seorang hamba yang lemah. Tersepit, lemah tanpa kuasa.  Sakit, terdesak bagai dihentak Aku bukan siapa-siapa. Macam engkau, aku juga manusia. Punya akal, perasaan, nafsu dan emosi. Cuma mungkin aku dan engkau berbeza pangkat dan mungkin pendapat.  Tapi, aku tahu..di sisi Tuhan Khaliq, kau dan aku Adalah SAMA. Dunia terasa seperti penjara untukku. Ya, penjara yang aku bina sendiri. Memerangkap aku sendirian terasing dari dunia hitam dan gelap. Tuhan, adakah cahaya yang akan menerangi? Atau dapatkah aku memberi cahaya walau sedikit cuma? Tuhan, sepasang mata yang engkau kurniakan ini telah menjadi saksi kehancuran, kesakitan, permainan juga keindahan dunia ini..sehingga aku takut. Takut aku jauh dari rahmat dan kasihMu.  Penjara itu gelap. diterangi secebis cahaya iman yang malap-malap ditiup angin ujian. Kadang mahu terpadam, namun ada engkau wa...

Monolog #15 - To him whom I love

Image
To him whom I love, You've been loved for years-- For today 31st December It turns to be 9 years. To him whom I love, We've been good friends back then-- For that day I maybe I made mistake-- I never realized yet I know, You stop greet me with that smile- I long. Sweet. I remember and will always remember, Vividly. The day my heart bloomed. Like a garden of magic flowers- You congratulate me. Thank you, For I felt loved. To him whom I love, If only you know- How content I was, When you said, "happy birthday Fatini. May Allah ease everything for you :)" Thank you, For the day I felt loved. Aye, little things, precious. priceless. For a girl of endless love. you whom I love, kitto mata aeru. A/N; may we meet again, you. This may be the last I wrote about you. A/N; never last xx

Monolog #16 - stop loving you.

🖤 really, I wanted to stop loving you.  I want to erase all my memories of you. I don't want to see you with this feeling-- feeling to have you  -kitto.

Monolog #14 - Samar - samar

Image
samar-samar aku melalui jalan ini syukur ada tali teguh di sepanjang perjalananku--Tawakkal. jatuh, tersungkur, lemah, usahlah dilayan-- aku bangkit juga. apalah yang mahu dikeluh, perjalanan ini-- perjalanan ilmu. ilmu mengangkat darjat. ilmu membentuk akhlak. Ilmu membuka mata, melihat kebesaranNya. aku tak mampu meramal hari esok-- aku hanya perlu teruskan berjalan. Jangan ditanya "kenapa tidak berlari?" Kerana aku tak mahu terlepas-- setiap kecantikan dan hikmah sepanjang perjalanan ini. Sikit-sikit-- hikmahnya mula terlihat. Allahumma baariklana (Ya Allah, kurniakan keberkatan ke atas kami!)