Monolog #8 - Aku cerminan dia, dia cerminan aku
Waktu pagi, selepas subuh.
Surah Luqman menjadi santapanku.
Kalam indah dari Tuhan yang Maha Penyayang, Yang penuh cinta.
Usai, aku mula membaca sebuah buku yang aku pinjam dari pustaka.
Reclaim your heart - Yasmen Mogahed.
Akhir muka 16 aku menyambung baca.
Di pertengahan, aku seperti temui jawapan yang aku mahukan.
Rupanya, Allah menyebut -- "Verily never will God change the condition of people until they change what is within themselves." (Quran 13:11).
Jawapan. Maha suci Allah, Tuhan memberi aku jawapan.
Dia cerminan aku. Aku cerminan dia.
Jika kau mahu dia jadi baik, kau dulu perlu jadi baik.
Bukan pura-pura, tapi ikhlas dalam amal.
InsyaAllah, dengan izin Allah.
Comments
Post a Comment