Atok - Aku hidup dalam rindu.



Terasa seperti semalam atok membawa seorang gadis kecil menaiki bas Leng Seng menuju ke Jalan Chow Kit bersama nenek. Masih jelas gambaran itu dimindaku meskipun aku hanyalah berumur 4 tahun ketika itu. Jika kau tanyakan kepadaku, apakah ada lagi yang aku ingat..
Tidak. Itu sahaja yang aku ingat. Aku yang berada di tepi tingkap, rambut yang terbuai-buai mengikut alunan angin, aku yang teruja -- pertama kali menaiki bas, atok berkemeja di sebelah, nenek yang manis berbaju kurung di sebelah atok. 

Mana tidaknya aku boleh lupakan, pertama kali mungkin secara zahirnya aku menerima hadiah dari atok, sehelai dress maroon dengan stripe halus merah putih dan sepasang sepatu comel berwarna merah jambu. Indahnya kenangan itu terasa seperti semalam.

meningkatlah umurku menapak alam persekolahan. Hampir setiap hari Atok menghantar dan menjemputku pulang dari sekolah. Kadang terasa serbba salah, aku dan adik-adik akan mengambil inisiatif untu berjalan kaki. kadang, tak dapat juga untuk elak. Atok akan selajunya menghidupkan enjin motor untuk menghantar kami. mana tidaknya, menjadi kewajipan kami untuk menyalami tangan atok sebelum pergi ke sekolah. 

Indahnya ketika itu, kemuncak alam persekolahan rendah. aku berumur 12, adikku 11 dan sepupuku 10 tahun. untuk tidak menyusahkan atok, kami akan bergilir-gilir mengalah seorang untuk berjalan kaki dahulu sementara atok menghantar dua orang. Saat pulang dari sekolah, atok kadang-kadang akan membawa ketiga-tiga kami pulang terus di atas satu motor. Mostly, ketika hujan mulai turun.

Aku tersenyum saat ini. Aku sering juga menyorokkan muka jika terserempak dengan mana-mana rakan sekolahku. Malu tika itu jika dilihat sebegitu. Namun kini, itu telah menjadi kenangan trindah buatku. 

Atok, tika kakak menapak umur 13, kakak sudah jauh dari atok. Kakak mula belajar di sekolah berasrama penuh di Sabak Bernam. Tika berumur 16 kakak berpindah ke Subang. 

Tika kakak berumur 18, kakak berada di Negeri Sembilan. Masih jelas, sebelum kakak mahu pulang ke kolej, kakak bergambar dengan atok dan nenek di kebun bunga maahari atok. Kerana masa itu kakak bernaggapan mungkin kakak tidak sempat pulang untuk ikut menghantara atok dan nenek berlepaske Tanah Haram. 

Peraturan Allah, peraturan terindah. Allah izinkan kakak untuk pulang dan ikut serta ahli keluarga menghatar perlepasan atok dan nenek menunaikan ibadah suci rukun ke-lima.

sungguh, hari itu atok tampak sangat berseri. Wajah atok seperi ada cahaya. Atok berkurta putih, berkopiah putih. Atok tak banyak cakap hari itu. Atok senyap dan banyak memerhati kami dan sekeliling atok. Atok..jujur ada satu debaran di hatiku yang aku simpan. Aku pantas beristighfar. 

Aku mahu tulis..tetapi ada separuh ada perlunya aku simpan sendiri. Cuma, aku harap engkau yang membaca, teruskan, ya?

tak lama selepas atok pulang dari Tanah Suci Mekah, lebih kurang dua minggu atok dijemput Ilahi.
Allahu, ketika itu aku sedang berada di dalam minggu peperiksaan akhir semester 1 manakala adikku ika sedang bertungkus lumus untuk SPM. Kami berdua tidak dapat melihat wajah atok buat kali terakhir.

namun ya Allah, apa jua aku tetap bersyukur dengan kesepatan yang Engkau berikan dan aku redha dengan apa jua yang Engkau tetapan. Engkau Maha mengetahu segala sesuatu yang terbaik.

Insya Allah, Atok sentiasa dalam doa kami. Semoga Allah menyatangi Atok dan tempatkan atok dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amiin.


Cintamu melebihi rindu
rindu seorang cucu kepada jaddu
apalah cucumu ini
tidak patut persiakan cinta Jaddu kepada Rabbu. -Tini.

Atok - Aku hidup dalam rindu. 

Comments

Popular posts from this blog

Wingless Angel

Glimpse of 2022

Monolog #14 - Samar - samar