Rumah Sepi 01 - Hari-hari awal.
Rumah Sepi
Hari-hari Awal
Nikmat untuk melihat wajah ayah dan ibu adalah nikmat yang terindah.
Terima kasih Allah. Aku bersyukur padaMu.
~ Rumah Sepi 01.
Tiada siapa pernah sangka termasuklah diri aku, kecuali Tuhan yang Maha Mengetahui. Hari-hari awal yang aku rasa masih sepi dan sendu. Tanpa keluarga dan kawan-kawan yang boleh membentuk senyuman di bibir, kegeraman di hati, cemberut di wajah atau mata yang sepet-sepet tertutup dek dekah ketawa. Semuanya hilang. Seperti tulisan yang menghilang di pepasir pantai.
Betullah. Jika ketika engkau mula berasa jelik dan malas melayan kerenah manusia di sekeliling, kau harus berpisah dengan mereka. dan tika itu engkau akan berasa merekalah orang-orang yang mendatangkan cahaya penyeri hari-hari yang dilalui. Nah, aku sedang berasa peritnya.
setelah sekian lama air mata ego tidak tumpah, namun kerana pengorbanan luar biasa yang aku saksikan buat aku jadi kecil. Ketika jiwa muda yang suka membenrontak ini mengikut kata sendiri, ada insan yang meeninggalkan kebahagiaan peribadi untuk kepentingan orang lain. Ayah dan ibu. itulah yang aku mahu sampaikan.
Kadang aku fikir, pernahkah minda mereka berehat? Aku sentiasa melihat mereka tidak henti-henti mencari rezeki disana sini, kesana kemari demi kami. Tuhanku, sayangilah mereka!
perpisahan sangat membentuk aku erti rindu dan menghargai.
mama, abah. maafkan kakak. Terima kasih. Kakak sayang mama abah.
* * * * *

Comments
Post a Comment