Monolog #5 - Kitto Mata Aeru
I want to be honest with my feelings.
But there's always one or two little secret(s)
that I'd want to keep to myself,
my secret that makes my chest slightly ache.
But there's always one or two little secret(s)
that I'd want to keep to myself,
my secret that makes my chest slightly ache.
PAGI itu indah sekali. Aku terjaga
seawal jam satu pagi kerana diganggu bunyi nyamuk yang sangat berdesing di
telinga. Apatah lagi dengan gigitan gatal yang ditinggalkan di tubuhku. Merah
dan menyakitkan. Sempat aku tilik di wajah ada satu ‘ciuman’ kemerahan yang
menimbul di pipiku. Pasti kerja makhluk kecil berbelang hitam putih itu!
Satu
plastik ketupat sate dikeluarkan dari cabinet dapur. Dibasuh dan direbus. Rumah
dibersihkan buat kesekian kali bagi menyambut permulaan hari baru. Ibuku bangun
bagi menunaikan solat malam dan mengingatkan aku supaya berjaga sehingga
ketupat selesai masak sepenuhnya. Bahaya kiranya waktu itu lebih kurang jam dua
pagi. Sementara menunggu, aku menyiapkan kelengkapan pakaian ayah, ibu dan juga
aku bagi kemudahan di pagi hari.
Usai itu,
aku terus mengambil wudu’ dan meluangkan masa bersama sang Pencinta. Di dalam
doaku, aku kira hari ini hari mulia. Aku memohon agar Tuhan menemukan aku
dengan dia. Walaupun dia tidak sedar akan kehadiranku, cukuplah aku menyedari
kehadirannya. Itu sudah membuatkan aku gembira. Terdetik juga di hati..aku kira
eloklah aku merahsiakan perkataan yang ini.
Indahnya
alunan itu menyapa telinga menjadi halwa bagi seluruh isi alam. Laungan takbir
bergema memuji dan mengagungkan kebesaran Ilahi. Lebih kurang jam tujuh empat
puluh lima pagi aku dan ayah bersama adik- adik bergerak ke masjid menyahut
seruan Ilahi. Masih terasa kesegaran dan kecantikan pagi Aidil Adha.
Usai
khutbah Aidil Adha umat muslimin dan muslimat yang mulanya memenuhi ruang
masjid, beransur keluar sedikit demi sedikit. Pergerakannya persis ketika kau
menunaikan haji atau umrah. Namun di sana pasti jauh lebih hebat lautan
manusia! Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.
Ketika aku
sedang mengikut rentak arus manusia keluar dari ruang solat, perkara pertama
menjadi sapaan mataku..dia. Seseorang yang berjubah putih lengkap berkopiah
berada tidak jauh dariku. Tidsk dapat aku ceritakan lebih lanjut, bagai ada
pemberat di mataku, pandanganku tertunduk. Aku menekur ke bawah. Mengalih
pandangan mata kearah lain. Seolah-olah, tiada apa-apa yang berlaku.
Even if I just look around blindly, that's all right.
When I become troubled, I don't wanna cry.
I want to continue believing in my feelings.
But being alone is very painful.
That day when I, feeling uneasy, couldn't hold my whines,
left some regret in my chest.
Berdetak
hebat namun aku masih tenang. Dia ada di situ, di hadapanku. Namun aku cuma riak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kononnya, aku tidak sedar akan
kehadirannya. Ah, dasar sombong! Biarlah, aku rasa itu yang terbaik. Aku malu.
Benteng malu itu masih kukuh di mataku. Walaupun ada bisik jahat di hati
menyuruh aku tetap melihatnya, mana tahu dia sedar akan kehadiranku.
Ayah hadir
kearah aku dan adik meyerahkan kunci kereta menyuruh kami bergerak dahulu ke
tempat parkir kereta di belakang masjid. Allahu Akbar. Tika aku mengangkat muka
mahu memandang ayah, mataku masih terlihat dia yang terseyum tidak jauh dari
belakang ayahku. Cumanya, aku tidak mahu meneka lebih-lebih, mana tahu senyuman
itu bukan milikku. Dasar perasan!
Bila tiada
pastilah tercari-cari. Nah, dia sudah pergi. Bersama seseorang bertelekung
putih di sebelahnya. Aku kira itu ibunya. Kian jauh dari pandanganku, aku
iringkan dia dengan pandangan perpisahan. Sekali lagi..
Even if I become absorbed in something, that's all right.
Facing forward, I wanna try.
I want to be honest with my feelings.
Some day I'll disclose to my loved one
my secret that I haven't told anyone else yet,
my secret that I have hid quietly in my chest.
Terima
kasih Tuhan andai itu adalah sebagian dari doaku. Sungguh aku tidak pasti sama
ada benar atau tidak itu adalah dia. Kerana aku tidak ada kekuatan untuk
menaikkan pandanganku. Walaupun begitu, termakbullah untuk membuatkan aku
gembira. Cukuplah aku menyedari kehadirannya biarpun dia tidak menyedari
kehadiranku.
Tuhan,
segala puji-pujian untukMu.
Kitto mata aeru.
Surely we’ll meet again. -kitto.
* * * * *
Monolog #5

Comments
Post a Comment