Posts

Monolog #11 - Monolog dengan Tuhan

Image
Malam yang sunyi, kelam dan tenang. Aku ditemani langit gelap tanpa bintang dan cahaya bulan yang samar-samar di sebalik kapas-kapas kelabu awan. Angin malam yang sejuk menderu masuk ke kamar membelai lembut wajahku. Ada sebuah gelas kaca di hadapanku memantulkan wajah tidak beriak yang sedari tadi aku tatap. Aku melihat sepasang mata di hadapanku. Sebuah mata yang kelam, tampak tenang namun penuh cerita perit di sebalik pantulan kornea itu. Syukur, mata itu masih berfungsi. *** indahnya tidak terkata, sukanya tidak terluah. Perasaan berat yang ditanggung berjaya dirembeskan keluar. Air mata menitis jua usai menghabiskan bacaan surah keegemaranku, surah Al Waqiah. Satu perkara yang aku rindu, jua yang aku amat gelisah jika aku tidak dapat hadirkan. Tangis. Tuhan, aku lemah. sangat lemah. aku menangis. aku rindu. aku mahu pulang. aku mahu pulang kepada kasihMu. Aku selalu rindu akan kasihMu. Kerana aku lemah, kerana aku jahil. Tika aku berada dalam pelukan kasihmu, aku terheret...

Monolog #10 - Semuanya aku yang pilih

tenanglah tenang, masanya akan tiba tenanglah tenang, apakah yang engkau risaukan sekali tataplah saat ini-- tika engkau masih terbang bebas tanpa ikatan benang amanah- berat. jagalah jaga, satu ketul daging merah darah bila-bila dia kan hirang dek kau yang api-apikan jagalah jaga, mahkota di kepala-- kan dia terjatuh bukan dek angin tapi kerana engkau yang dingin- egois. sabarlah sabar, inilah jalan Dia-- terjatuh boleh bangkit terserah- engkau yang pilih. ~kitto 15.10.18

Monolog #9 - Dua Puluh tahun 1998

Tulus tulisan ini aku tuliskan buat ibu yang aku gelarkan mama,     Dua puluh tahun dahulu, ketika itu engkau hanya berumur dua puluh satu. Tepat waktu zohor  dua puluh hari bulan sembilan tahun 1998, engkau selamat melahirkan aku yang masih kosong akan fitnah dunia. Mungkin pada waktu itu, yang aku kenal hanyalah haruman tubuhmu yang bisa menenangkan kebingitan tangisku. Dua puluh tahun, hari ini kasihnya engkau masih setia menjaga aku sepenuh kudratmu. Mataku ini menjadi saksi engkau kesana kemari menggali sumber rezeki. Masih, sehingga ke hari ini, belum pernah sekali pun engkau berhenti rehat apatah lagi mengeluh tidak pernah aku dengar. Aku cuma melihat, senyuman indah dan masa yang engkau luangkan dengan kami. Mama, apakah erti sebenar kebahagiaan bagimu? kata-kataku yang manis, puitis ini tiadalah ertiya buatmu. Semuanya bagai angin yang menyapa lembut ke pipimu sahaja. Ia akan hilang sekelip mata. Sungguhlah aku takut sebenarnya. Memikirkan masa depan yang ...

Monolog #8 - Aku cerminan dia, dia cerminan aku

Waktu pagi, selepas subuh. Surah Luqman menjadi santapanku.  Kalam indah dari Tuhan yang Maha Penyayang, Yang penuh cinta. Usai, aku mula membaca sebuah buku yang aku pinjam dari pustaka. Reclaim your heart - Yasmen Mogahed. Akhir muka 16 aku menyambung baca. Di pertengahan, aku seperti temui jawapan yang aku mahukan.  Rupanya, Allah menyebut -- "Verily never will God change the condition of people until they change what is within themselves." (Quran 13:11). Jawapan. Maha suci Allah, Tuhan memberi aku jawapan.  Dia cerminan aku. Aku cerminan dia. Jika kau mahu dia jadi baik, kau dulu perlu jadi baik. Bukan pura-pura, tapi ikhlas dalam amal.  InsyaAllah, dengan izin Allah.

Monolog #7 - Digari biar dia terkunci

Semalaman juga aku berfikir Untunglah mungkin aku ketemu jawapan Aku sedar rupanya, Jika aku bebas, dia juga bebas. Lepas. Bila aku digari, dia juga terkunci. Dilindungi. Yang akhirnya buat aku resah Aku tidak mahu dia jadi seperti dulu Jadi aku tertanya, Apakah aku mencerminkan dirinya, Ataukah dia mencerminkan aku?  Ah, rumit! Nah, eloklah aku digari. Biar dia terkunci.    Kerana aku mahu dia dilindungi. ~ 170918 Monolog #7 - Digari biar dia terkunci.

Monolog #6 - Ada gari di kaki.

Image
Banyak kali aku mahu lari, Aku terlepas bebas setelah mencuba berkali Keras, sakit, perit usah dipeduli Rupanya aku tidak sedar Aku berlari membawa gari di kaki.  ~ 160918.

Atok - Aku hidup dalam rindu.

Image
Terasa seperti semalam atok membawa seorang gadis kecil menaiki bas Leng Seng menuju ke Jalan Chow Kit bersama nenek. Masih jelas gambaran itu dimindaku meskipun aku hanyalah berumur 4 tahun ketika itu. Jika kau tanyakan kepadaku, apakah ada lagi yang aku ingat.. Tidak. Itu sahaja yang aku ingat. Aku yang berada di tepi tingkap, rambut yang terbuai-buai mengikut alunan angin, aku yang teruja -- pertama kali menaiki bas, atok berkemeja di sebelah, nenek yang manis berbaju kurung di sebelah atok.  Mana tidaknya aku boleh lupakan, pertama kali mungkin secara zahirnya aku menerima hadiah dari atok, sehelai dress maroon dengan stripe halus merah putih dan sepasang sepatu comel berwarna merah jambu. Indahnya kenangan itu terasa seperti semalam. meningkatlah umurku menapak alam persekolahan. Hampir setiap hari Atok menghantar dan menjemputku pulang dari sekolah. Kadang terasa serbba salah, aku dan adik-adik akan mengambil inisiatif untu berjalan kaki. kadang, tak dapat jug...